PRAKATASyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan hidayatNya, satu risalah telah berjaya disusun yang bertajuk KOD NILAI MURNI DAN ETIKA bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seluruhnya. Risalah ini mengandungi nilai-nilai murni dan etika yang dipilih
berdasarkan kepada keperluan dan keadaan suasana, sikap yang diingini dan
etika yang terpuji.
Kod ini bertujuan untuk dijadikan rujukan dan asas panduan
bekerja oleh pegawai dan kakitangan JKKP bagi menuju matlamat memberi
perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Akhirnya, saya berharap kod ini dapat difahami, dihayati dan
diamalkan oleh setiap individu untuk meningkatkan lagi kecekapan,
keberkesanan dan kualiti hasil kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada
pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam
menyiapkan risalah ini. Ir HAJI ABU BAKAR CHE MAN
UNSUR-UNSUR NILAI UTAMA Benar Taat Setia Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas Bertanggungjawab Berintegriti Tegas, Adil dan Saksama Bijaksana Ketepatan Masa Sikap Jimat Cermat Telus Bekerjasama dan Semangat Berpasukan Cekal, Kuat Semangat dan Dedikasi Bersyukur 1.0
NILAI-NILAI MURNI
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yakin nilai-nilai
murni perlu diterapkan di dalam diri setiap kakitangan dan dijadikan
amalan harian. Nilai-nilai
murni yang perlu dihayati adalah seperti berikut : 1.1
Benar 1.2
Taat Setia 1.3
Amanah, bersih, jujur dan ikhlas 1.4
Bertanggungjawab 1.5
Berintegriti 1.6
Tegas, adil dan saksama 1.7
Bijaksana 1.8
Ketepatan masa 1.9
Sikap jimat cermat 1.10
Telus 1.11
Bekerjasama dan semangat berpasukan 1.12
Cekal, kuat semangat dan dedikasi 1.13
Bersyukur 1.1
Benar Segala urusan yang dilakukan hendaklah tepat, betul dan tidak
keliru. Amalan positif
·
Bercakap dan bertindak dengan betul, tepat dan tidak keliru ·
Kepimpinan melalui teladan Amalan negatif
·
Menyimpang dari tugas ·
Menyalahgunakan kuasa 1.2
Taat Setia
Taat Setia menghendaki setiap kakitangan JKKP pada setiap masa dan
waktu menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Yang di
Pertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Jabatan. Nilai ini amat perlu untuk
dihayati oleh setiap kakitangan demi mempertahankan kedaulatan negara,
bangsa dan agama. Amalan positif
·
Taat setia dan patuh kepada arahan ·
Sedia berbakti ·
Sanggup berkorban setiap ketika Amalan negatif
·
Khianat dalam melaksanakan tugas ·
Suka membangkang tanpa cadangan untuk membaikinya ·
Tidak ikut peraturan 1.3
Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas
Amanah adalah satu nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan oleh
kerana keadaan tugasnya yang berkait rapat dengan urusan-urusan
pentadbiran dan menjaga kewangan serta harta benda Kerajaan dan rakyat
yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang
merosakan. Setiap kakitangan
mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, majikan, negara dan
masyarakat seluruhnya. Kebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi sama ada
kebersihan moral atau pun fizikal.
Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga
tugas yang dilakukan. Segala-galanya dilakukan dengan niat yang baik dan
murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, tidak angkuh, tidak
terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah. Dari segi fizikal, seseorang
kakitangan hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan
rapi. Perasaan jujur dan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan
kesucian dan kebersihan hati seseorang. Nilai seperti ini sangat penting
bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggung jawab dan sebagainya
kerana ia boleh mewujudkan ciri-ciri mulia dalam sesebuah masyarakat
seperti bersikap rendah hati, bertolak ansur dalam hati setiap
kakitangan. Amalan positif
·
Menyempurnakan tugas dengan amanah ·
Kemas/bersih dalam pakaian, pemikiran dan tindakan ·
Bersih daripada sifat dengki ·
Ikhlas dan bertimbangrasa ·
Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab Amalan negatif
·
Bersikap sombong dan suka menunjuk ·
Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah ·
Pengotor dan selekeh dalam pembawaan ·
Selalu berpura-pura dalam tindakan 1.4
Bertanggungjawab Seseorang kakitangan tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya
atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab. Ia tidak boleh membenarkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk menentukan
kakitangan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang
amanah negara dan rakyat.
Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak
terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan
sempurna. Amalan positif
·
Mempunyai komitmen terhadap kerja ·
Bertanggungjawab dan sedia berbakti ·
Menyempurnakan tugas dengan berkesan ·
Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri Amalan negatif
·
Menganggap kerja sebagai beban ·
Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar ·
Tidak dipercayai dan selalu dicurigai ·
Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab 1.5
Berintergriti Integriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai
amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan
awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebarang kerja yang dibuat
hendaklah dilakukan dengan penuh ketulusan hati. Ini juga bermakna jika kakitangan
jabatan telah diberi kuasa, mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan
saksama. Amalan positif
·
Jujur dan ikhlas ·
Bersih hati dan fikiran ·
Bermaruah dan berhemah tinggi ·
Senang didampingi oleh semua pihak ·
Berdisiplin dalam segala perkara ·
Bersikap profesional dan cekap Amalan negatif
·
Sombong dan meninggi diri ·
Sukar untuk membuat kebajikan ·
Hipokrit serta berpura-pura ·
Tamakkan pangkat dan kedudukan 1.6
Tegas, Adil dan Saksama
Sikap tegas berkehendakan setiap kakitangan sentiasa berpendirian
teguh, tepat dalam membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh
anasir luar yang dapat merubah pegangannya. Begitu juga dengan sikap adil dan
saksama, iaitu semua kakitangan hendaklah sentiasa menanamkan sikap
tersebut terhadap pelanggan dalaman dan pelanggan luaran dengan memberi
mereka layanan-layanan yang mesra, teratur dan memuaskan. Amalan positif
·
Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan ·
Boleh menerima teguran ·
Berlaku adil dalam semua tindakan ·
Sedia menerima cadangan dan nasihat ·
Bijaksana dalam membuat pertimbangan ·
Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan ·
Bertimbangrasa tetapi tegas Amalan negatif
·
Menyukarkan persoalan yang mudah ·
Memperbesar-besarkan perkara kecil ·
Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal ·
Berat sebelah dalam membuat keputusan ·
Tidak konsistan 1.7
Bijaksana Kebijaksanaan dalam membuat keputusan adalah merupakan salah satu
perkara penting dalam bidang pengurusan. Ini kerana dalam melaksanakan
kuasa-kuasa yang berbentuk regulatori, pegawai perlu membuat keputusan
dengan segera, tepat, adil dan saksama serta penuh berkeyakinan,
berasaskan kepada akal budi, arif, kepandaian dan berhati-hati. Dengan itu tindakan yang diambil
dapat diterima oleh semua pihak. Amalan positif
·
Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik ·
Berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati dalam membuat
pertimbangan ·
Berpandangan jauh ·
Berkeyakinan dalam tindakan dan tuturkata Amalan negatif
·
Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan ·
Gopoh dalam tindakan ·
Cepat menghukum tanpa siasatan ·
Tidak boleh menerima kritikan 1.8
Ketepatan masa Penggunaan masa secara berkesan adalah satu asas yang baik dalam
pembentukan sikap positif di kalangan kakitangan. Arahan menggunakan Kad Perakam
Waktu bertujuan untuk memastikan kakitangan tiba di pejabat pada masa yang
ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan dedikasi dan tekun semasa di
pejabat. Selain daripada itu
mematuhi panduan bermesyuarat dengan mengamalkan masa yang optima seperti
yang dijelaskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Amalan positif
·
Menepati masa ·
Menyegerakan tugas Amalan negatif
·
Datang lambat ke pejabat ·
Tidak menyegerakan tugas ·
Mungkir janji 1.9 Sikap
jimat cermat Berjimat cermat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa,
bukan sahaja berjimat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti
masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berjimat sebenarnya
menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati dalam
membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab
terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Amalan positif
·
Berhati-hati bila berbelanja ·
Accountable ·
Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan ·
Menyelaras harta benda kerajaan dengan baik ·
Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan ·
Mengadakan sistem kewangan yang berkesan ·
Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat Amalan negatif
·
Boros dan suka membazir ·
Memperaga kehebatan dan kemewahan ·
Suka bermewah dengan harta kerajaan ·
Tidak cermat dengan harta kerajaan ·
Suka berbelanja besar yang tidak kena pada tempatnya ·
Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam 1.10
Telus Setiap kakitangan JKKP perlulah mengamalkan prosedur kerja yang
bersistematik dan menerangkan dengan tepat dan jelas alasan bagi setiap
tindakan yang diambil. Amalan positif
·
Bekerja mengikut prosedur ·
Amanah dalam menjalankan tugas ·
Mengamalkan sikap terbuka dalam menjalankan tugas Amalan negatif ·
Mengamalkan ‘double
standard’ ·
Tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat bila diperlukan. 1.11 Bekerjasama dan
semangat berpasukan
Setiap kakitangan mempunyai tugas dan peranan yang berbagai. Oleh itu kita perlu mempunyai satu
budaya yang dapat mempengaruhi kita supaya bekerjasama, berdisiplin dan
rajin bekerja. Setiap
kakitangan organisasi tidak mungkin dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian. Justeru semangat berpasukan
mestilah ditanamkan di dalam diri kakitangan-kakitangan di semua peringkat
supaya objektif dan peranan masing-masing dapat dilaksanakan mengikut
matlamat yang telah ditentukan. Amalan positif
·
Sedia memberi kerjasama ·
Tolong menolong antara satu sama lain ·
Suka membantu rakan sejawat ·
Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan Amalan negatif
·
Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain ·
Menganggap diri sendiri selalu betul ·
Suka mementingkan diri sendiri ·
Berhasad dengki 1.12
Cekal, kuat semangat dan dedikasi
Setiap kakitangan mestilah tekun, cekal, kuat semangat dan sentiasa
bersungguh-sungguh melaksanakan tugas-tugasnya tanpa rasa jemu dan
kecewa. Meraka perlu sentiasa
memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai. Berusaha mengatasi sebarang
masalah dengan bersungguh-sungguh samada secara berseorangan atau secara
berkumpulan, adalah dituntut. Amalan positif
·
Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar ·
Rajin dan sentiasa berusaha ·
Tekun dalam menjalankan tugas ·
Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan ·
Berdisiplin dalam setiap pekerjaan ·
Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah ·
Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi ·
Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas ·
Bercita-cita tinggi Amalan negatif
·
Mudah tersinggung ·
Tidak tekun ·
Mudah putus asa ·
Mudah mengalah ·
Tidak bercita-cita tinggi ·
Tidak bersemangat ·
Tidak tahan dengan teguran ·
Takutkan cabaran 1.13 Bersyukur Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui
perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh
seseorang. Sesuatu kebaikan
sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta
perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh
penghargaan dan terima kasih.
Biasanya kata-kata pijian dan sanjungan diluahkan oleh penerima
kepada orang yang memberi. Amalan positif
·
Menganggap kerja sebagai ibadah ·
Menghargai kemudahan yang disediakan ·
Bersyukur akan nikmat kerja yang dikecapi ·
Mencintai kerjayanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugas Amalan
negatif ·
Menganggap kerja sebagai beban ·
Lupa daratan 2.0
KOD ETIKA 2.1
Dalam menjalankan tugas rasmi, pegawai dan staf hendaklah : 2.1.1
Mengutamakan kewajipan awam. 2.1.2
Menjaga imej, kewibawaan, kredibiliti dan reputasi perkhidmatan
awam. 2.1.3
Sentiasa berusaha untuk menjalankan tugasnya dengan cekap, jujur,
amanah, bertanggungjawab, tidak cuai dan sentiasa mematuhi arahan. 2.1.4
Tidak menggunakan pengaruh luar dalam menyelesaikan masalah
perkhidmatan. 2.2
Seseorang pegawai atau staf tidak boleh : 2.2.1
Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian. 2.2.2
Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. 2.2.3
Berkelakuan dengan apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kedudukannya bagi
faedahnya sendiri. 2.2.4
Berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam. 2.2.5
Kurang cekap atau kurang berusaha. 2.2.6
Tidak jujur atau tidak amanah. 2.2.7
Tidak bertanggungjawab. 2.2.8
Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada
tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan
kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang lain. 2.2.9
Cuai dalam melaksanakan tugas. 2.2.10 Ingkar
perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah. |